Tuesday, January 11, 2011

ASAS KEUSAHAWANAN

Nak jadi usahawan!... ALHAMDULILLAH,.. cita-cita murni dan mulia. MAKSUDnya nak berniaga lah... Usahawan banyak jenis usahawan. Sebelum pilih usahawan / bidang perniagaan apapun pastikan.!!.. SYARAT PERTAMA: BOLEH DI KERANA KAN ALLAH TA'ALA. Contoh buka kelas tusyen kerana Allah Ta'ala..boleh. Buat tempe tapai kerana Allah Ta'ala..boleh. Jual rokok kerana Allah Ta'ala.. TIDAK BOLEH!.. so! jangan buat. Ada seribu satu macam perniagaan yang mudah,halal bersih, suci dan tidak melanggar hukum syarak...SYARAT KEDUA: Turut sertakan Allah dalam setiap usaha kita. Jadikan Allah sahaja sebagai penolong kita. Mulakan dengan minta petunjuk/berdoa/berharap kepada Allah... inilah asas kejayaan. Tujuannya supaya semua usaha kita termasuk dalam urusan Allah. Bila dah jadi urusan ALLAH pasti beres dan sukses... Dia yang tentukan semuanya... SYARAT LAIN.. BANYAK LAGI...
NIAT BETUL & MULIA
FIKIR BESAR
BIAR KECIL ASAL BERHASIL
Terima kasih... sambung lagi lain kali

ASAS BERCUCUK TANAM






KEPERLUAN ASAS PERTUMBUHAN TANAMAN:
1. BAJA (nutrien) - mesti seimbang dan lengkap memenuhi semua zat yang diperlukan. Kekurangan satu daripadanya, tanaman akan menunjukkan simptom kekurangan. Jika tanam pada tanah, biasanya nutrien telah ada hanya perlu tambah yang kurang sahaja (biasanya N, P, K Ca, Mg). Itu cuma andaian saja. Adalah disyorkan semua perlu diberikan juga termasuk unsur mikro (Fe, Zn, Mn, B, Mo, Cu dll). Gunakan baja NPK + TE lebih baik dan dibantu dengan penggunaan baja organik untuk perbaiki struktur tanah.
2. PH medium/tanah - mesti diperbetulkan supaya berada sekitar 5.5 - 6.5. Pada julat ini kebanyakan nutrien boleh diserap dengan selesa & effisen oleh akar tanaman. Walaupun baja lengkap dengan formula terbaik diberikan tetapi pH dizon perakaran tidak betul, nutrien tidak boleh diambil oleh akar tanaman. Contohnya, tanah gambut adalah tanah berpotensi kaya dengan nutrien tetapi pH nya terlalu rendah (<4.5) atau masam. Tanaman tak boleh hidup subur kecuali dibuat penambahbaikan.
3. AIR - mendapatkan kelembapan optima sahaja. Tidak boleh berlebihan atau menakung kerana akan menutup ruang udara dalam tanah. Ini akan menyekat pernafasan akar. Kesannya, pertumbuhan terencat, bunga gugur dan menjadi punca utama penyakit reput akar (pythium & fusarium). Adakan saliran yang baik. Jika tanam didalam bekas mestilah berlubang dibahagian bawahnya atau tepi bahagian bawah.
4. CAHAYA MATAHARI - kebanyakan tanaman makanan perlu cahaya yang banyak (kecerahan dan tempoh masa yang panjang). Elakkan menanam dibawah teduhan atau kawasan terlindung daripada mendapat cahaya matahari. Suhu panas tidak menjadi masalah besar pada tanaman. Kekurangan cahaya matahari beri kesan besar seperti lambat matang, pokok tak bermaya(pertumbuhan perlahan), bilangan bunga betina rendah, kualiti & kuantiti hasil rendah dsb. jika tanam dibawah pelindung hujan, pastikan plastik bumbung sentiasa jernih membenarkan seberapa banyak cahaya mampu menembusinya. Hindarkan tanam dibawah netting hitam.
5. UDARA (OKSIGEN & KARBAN DIOKSIDA) - penting untuk proses fotosentisis yang sempurna. Penambahan karban dioksida diudara boleh meningkatkan hasil tanaman. Oksigen didalam tanah untuk pernafasan akar. Kadar oksigen terlarut yang tinggi dalam larutan tanah menambah kemampuan akar menyerap nutrien, pertumbuhan lebih cergas dan subur.