Friday, January 11, 2013

KENALI HABIT PEMBUAHAN TANAMAN ANDA

Setiap pokok atau tanaman mempunyai habit pembuahan tersendiri. Habit pembuahan yang saya maksudkan ialahimana buah yang dikeluarkan oleh pokok tersebut muncul atau melekat.

Habit pembuahan pokok buah-buahan boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
1. Buah di hujung - contohnya rambutan, mangga, pulasan, longan dsb
2. Buah didahan - contohnya durian
3. Buah di batang - contohnya nangka, cempedak

Seronok mengetahui hal ini kerana ada kaitan penting nak mengurus tanaman tersebut. Tahu perangai dan habit pembuahannya mudah mengurusnya supaya produktiviti tinggi. Sebagai contoh: jambu batu banyak mengeluarkan buah bila banyak air (musim hujan). Bunganya banyak keluar ditunas muda. Oleh itu pucuk dahan perlu dipotong dan bila dapat banyak air, tunas baru akan muncul diikuti dengan pengeluaran bunga yang banyak..

Pokok yang berbuah dihujung perlu dilatih pertumbuhannya dari awal supaya banyak hujung. Insyaallah buahnya banyak ( diiringi dengan pengurusan pembajaan dll yang teratur). Lakukan cantasan pembentukan 'terbuka tengah' (open centre).

Pokok yang berbuah didahan perlu dilatih supaya pertumbuhan dahannya bersudut besar. Dahan yang bersudut besar menghasilkan pelekatan buah lebih banyak berbanding dahan bersudut kecil atau menegak.. Lakukan cantasan pembentukan 'batang utama' (central leader).

Pokok yang berbuah dibatang perlu dilatih supaya beberapa dahan dilatih menjadi besar seperti batang utama supaya buah lebih banyak boleh melekat. Lakukan cantasan pembentukan  'modified central leader' - ubahsuai batang utama

No comments:

Post a Comment