Saturday, December 26, 2009

PANDUAN BAJA FERTIGASI

BAJA FERTIGASI
Jika anda menanam diatas tanah atau menggunakan medium tanah didalam bekas tanaman, anda boleh menggunakan sebarang baja yang ada di pasaran. Harus diingat bahawa jenis baja yang diberi mestilah menepati kehendak tanaman tersebut (jenis tanaman, peringkat pertumbuhannya samada vegatatif, berbunga atau matang, jenis baja, gred baja iaitu nisbah kandungan NPK dll, kadar pemberiannya, jenis lepasan nutrien samada perlahan atau segera dll).

Jika anda menanam menggunakan medium bukan tanah (soilless culture) seperti pasir, arang sekam dan habuk sabut, baja yang patut digunakan ialah baja lengkap yang mengandungi semua unsur atau zat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Baja ini sama dengan baja hidroponik. Fertigasi adalah salah satu sistem hidroponik jika tidak ditanam diatas tanah. Baja ini tersedia dalam bekas berasingan A & B samada dalam bentuk garam mineral atau cecair. Baja jenis ini juga baik digunakan untuk semua medium (tanah atau bukan tanah).

Catatan:
Hidroponik - Kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture). Ada banyak sistem diantaranya titisan, NFT, DFT, aeroponik, takungan, aliran tertutup dll)
Fertigasi - Kaedah penanaman dimana baja diberi melalui sistem pengairan
Gred baja - nisbah kandungan nutrien dalam baja seperti NPK 15:15:15, NPKMg 12:12:17:2 dll
Baja organik - baja yang berasaskan bahan semulajadi alam seperti sisa tanaman di peram, najis haiwan, abu sawit, air udang/ikan dll. Tidak menggunakan sebarang kimia sintetik. Semua baja organik adalah pelepasan perlahan 'slow-release'.
Baja kimia - samada sebatian atau tunggal adalah baja campuran kimia sintetik. sebahagiannya menggunakan bahan organik sebagai pemegang atau pemenuh 'filler'. Kebanyakannya melepaskan kandungan nutrien secara segera 'fast-release' dan ada juga yang 'slow-release'

Thursday, December 17, 2009

MELON AUTOPOT IPAH


SePTA (Set Penyiraman Tauge Automatik)



AKM TANI (016 7738143, O16 7708143) ada bekalkan SePTA RM550.00 tunai.
Keterangan lanjut boleh order CD tauge daripada kami RM10.oo aje...
MURAH nya !...

Thursday, December 10, 2009

Penggunan pasu plastik & Kelebihannya


.
Lebih tahan daripada polibeg. Kami ada membekalkannya melalui kedai AKM TANI (hubungi o16 7708143). Saiz pasu 8" x 8" x 9" tiada lubang. Lubang tebuk sendiri ikut jenis tanaman yang hendak ditanam. Tomato, terung dan cili buat 4 lubang kecil dibahagian bawah pasu. Timun dan melon buat 4 lubang kecil dibahagian tepi pada paras 1" - 2" seperti dalam gambar.

Kawin bunga melon



Mesti dilakukan untuk tanaman melon khususnya yang ditanam dibawah kalis serangga 100%. Bila ? ...Umur 28, 29 dan 30 hari di ladang..OK !...Gambar atas (bunga jantan) bawah (bunga betina) melon. Harap dapat bezakan...
video