Tuesday, October 1, 2013

DARIHAL ORGANIC PLANT BOOSTER ....

ASSALAMUALAIKUM WRT...

Minta maaf kerana lama tidak update maklumat... kesibukan atau kelemahan saya sendiri.

Sambung sikit mengenai 'organic plant booster:

Boleh juga di kenali sebagai biofertiliser atau bioprotectant keran fungsinya ada semua.
Apa kandungannya ?
1. Mikrob bermanfaat (kulat, bakteria, lacto bacillus dsb.
2. Enzim
3. Nutrien (kebanyakan nutrient utk tanaman tetapi pada jumlah sedikit .
4. Protien
5. Hormon semulajadi

Dengan menggunakan bahan terbuang dan berada disekeliling kita menjadikannya bahan yang berharga dan bermanfaat. Bahan yang digunakan ialah:
1. Pisang / labu masak ranum
2. Kangkong
3. Udang geragau / ikan / belacan
4. Susu
5. Molasses
6. Yis / ragi / mauripan
7. Dedak beras
8. Cairan organic (air rendaman tahi ayam)
9. Telur
10 EM / BMO

KAEDAH TUT TERKINI

Assalamualaikum wrt

Maaf ! lama tidak update kerana kesibukan atau kelemahan saya sendiri.

Saya nak kongsi dengan ramai orang inovasi baru dalam pembiakan tanaman KAEDAH TUT.

Tujuannya nak betulkan kaedah atau teknik sebelum ini mungkin salah faham menyebabkan peratusan kejayaan rendah. Di antara factor dikenalpasti mengapa TUT kurang menjadi ialah:
1. Media lembap atau terlalu lembap - sebab media nak di kepal
2. Ikat dibahagian tengah balutan longgar - hanya ikat di dua hujung kepalan atau balutan sahaja
3. Buat kelaran atau kikisan cambium tidak sempurna
4. Pilih dahan terlalu muda atau kecil
5. Memang tak mahir nak buat - asal buat je...

Proses kerja mengeTUT dahan tanaman sebelum ini:
1. Pilih pokok
2. Pilih dahan
3. Buat kelaran
4. Kikis cambium
5. Buat campuran media perakaran
6. Membalut media pada kelaran yg dibuat

Saya kenalkan kaedah terkini, ciptaan SENDIRI
Tak perlu kelar
Tak perlu kikis
Tak payah buat campuran medium
Tak payah lembapkan media

HANYA CERUT KUAT GUNA DAWAI HALUS MENGGUNAKAN PLAYAR KECIL, BALUT CERUTAN TERSEBUT MENGGUNAKAN MEDIUM KERING ATAU PEATMOSS. BALUTAN MENGGUNAKAN ALAT KHAS (TEK-TUT AKM) DAN PLASTIK JERNIH.  Insyaallah, lebih pantas, lebih mudah, lebih tinggi peratus kejayaan (90 - 100%). Nak masuk INOVASI tahun ni ...


Tambah kapsyen