BAJA FERTIGASI
Jika anda menanam diatas tanah atau menggunakan medium tanah didalam bekas tanaman, anda boleh menggunakan sebarang baja yang ada di pasaran. Harus diingat bahawa jenis baja yang diberi mestilah menepati kehendak tanaman tersebut (jenis tanaman, peringkat pertumbuhannya samada vegatatif, berbunga atau matang, jenis baja, gred baja iaitu nisbah kandungan NPK dll, kadar pemberiannya, jenis lepasan nutrien samada perlahan atau segera dll).
Jika anda menanam menggunakan medium bukan tanah (soilless culture) seperti pasir, arang sekam dan habuk sabut, baja yang patut digunakan ialah baja lengkap yang mengandungi semua unsur atau zat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Baja ini sama dengan baja hidroponik. Fertigasi adalah salah satu sistem hidroponik jika tidak ditanam diatas tanah. Baja ini tersedia dalam bekas berasingan A & B samada dalam bentuk garam mineral atau cecair. Baja jenis ini juga baik digunakan untuk semua medium (tanah atau bukan tanah).
Catatan:
Hidroponik - Kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture). Ada banyak sistem diantaranya titisan, NFT, DFT, aeroponik, takungan, aliran tertutup dll)
Fertigasi - Kaedah penanaman dimana baja diberi melalui sistem pengairan
Gred baja - nisbah kandungan nutrien dalam baja seperti NPK 15:15:15, NPKMg 12:12:17:2 dll
Baja organik - baja yang berasaskan bahan semulajadi alam seperti sisa tanaman di peram, najis haiwan, abu sawit, air udang/ikan dll. Tidak menggunakan sebarang kimia sintetik. Semua baja organik adalah pelepasan perlahan 'slow-release'.
Baja kimia - samada sebatian atau tunggal adalah baja campuran kimia sintetik. sebahagiannya menggunakan bahan organik sebagai pemegang atau pemenuh 'filler'. Kebanyakannya melepaskan kandungan nutrien secara segera 'fast-release' dan ada juga yang 'slow-release'
Saturday, December 26, 2009
Thursday, December 17, 2009
SePTA (Set Penyiraman Tauge Automatik)
Thursday, December 10, 2009
Penggunan pasu plastik & Kelebihannya
.
Lebih tahan daripada polibeg. Kami ada membekalkannya melalui kedai AKM TANI (hubungi o16 7708143). Saiz pasu 8" x 8" x 9" tiada lubang. Lubang tebuk sendiri ikut jenis tanaman yang hendak ditanam. Tomato, terung dan cili buat 4 lubang kecil dibahagian bawah pasu. Timun dan melon buat 4 lubang kecil dibahagian tepi pada paras 1" - 2" seperti dalam gambar.
Lebih tahan daripada polibeg. Kami ada membekalkannya melalui kedai AKM TANI (hubungi o16 7708143). Saiz pasu 8" x 8" x 9" tiada lubang. Lubang tebuk sendiri ikut jenis tanaman yang hendak ditanam. Tomato, terung dan cili buat 4 lubang kecil dibahagian bawah pasu. Timun dan melon buat 4 lubang kecil dibahagian tepi pada paras 1" - 2" seperti dalam gambar.
Kawin bunga melon
Subscribe to:
Posts (Atom)