Monday, December 26, 2011

TIP MELON PRESTASI TINGGI









Nah !.. satu lagi maklumat untuk peminat MELON fertigasi..
Saya sarankan " Penanam melon fertigasi... jangan tanam melon untuk keluarkan sebiji sepokok lagi.. ok!..) Bukannya apa.. nak tambah keuntungan.. Sebiji besar berat > 2.0 kg dan cantik masih tak dapat juala macam harga di Jepun. Orang jepun menilai dari sudut berlainan sebab itu sangat pentingkan kualiti dan sanggup bayar sehingga ratusan ringgit sebiji.. Mereka hargai kecantikan bentuk dan netting (deria lihat), mereka hargai keharuman dari aroma yang dikeluarkan (deria bau), mereka hargai keenakan rasanya (deria rasa).
Pasaran di Malaysia tak sampai tahap tu... cukup berat, manis, bentuk ok, netting lebih kurang ok.. dah!..
HABIT POKOK MELON FERTIGASI - Jangka hayat sekitar 70 - 85 hari di ladang. Mula berbunga 25 - 30 hari di ladang. Bunga jantan keluar dulu... bunga betina 2 - 3 hari lewat.

TIP PANDUAN:
1. Kepekatan baja sentiasa bertambah setiap minggu dari 1.5 hingga lebih 3.0 mS/cm.
2. Umur seminggu, getu pucuk utama - galakkan cabang dan banyak daun.
3. Umur 20 - 25 H di ladang kepekatan lebih 2.0 mS/cm. Lebih baik tambah Ca.
4. Umur 20 - 25 H sapu pangkal batang dengan racun kulat cth: antracol dll - elak gummy stem
5. Umur 20 - 25 H boleh juga cucuk pangkal batang dengan lidi atau pencungkil gigi...
6. Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar ( 26 - 30 H) diladang. Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya 7.30 - 11.00 pagi je..
7. Umur 38 - 45 H buat pemilihan buah yang sama besar sahaja. Tinggalkan 2 - 4 biji sepokok.
Buah yang lain buang. Jumlah buah yang dikekalkan bergantung kepada bilangan daun subur & sihat. 20 helai utk 1 biji, 40 helai utk 2 biji, 60 helai untuk 3 biji dst..
8. Nak besarkan buah... boleh celup dengan GA (giberillic acid).
9. Kawin awal, buah ada peluang untuk membesar lebih lama (30 - 60H)

10. Ingat !.. daun subur, sihat .. adalah kilang untuk buat makanan pokok tersebut. Lebih banyak daun, mampu besarkan buah dan tampung keperluan pembesaran buah.

11. 7- 10 H sebelum pungut hasil pekatkan baja lebih 3.0 mS/cm dengan Hi-K untuk tambah kemanisan

CUBA ELAKKAN POTONG PUCUK UTAMA KECUALI 10 HARI TERAKHIR... Pucuk sulur patut buang. Jika pucuk utama dibuang, pokok kurang daya serapan baja/air.

TIP BAIK PUNYA...UNTUK PENANAM

Macam-macam tohmahan saya terima... itu semua adalah asam garam hidup.. Macam yang lepas-lepas juga saya cuba ketengahkan maklumat untuk dikongsi bersama.. semoga ilmu dapat terus berkembang. Ilmu bukan untuk disimpan.. tapi untuk diamalkan atau disebarkan..

Saya akui ini bukan hasil kajian (research)... saya tak belajar tinggi. Buat reserch pun tak tahu.. Ijazah pun tak ada. Apa yang saya tulis hanyalah pengalaman ok..

TIP TAMBAH BERAT BUAH (CILI & TERUNG) - 1 - 2 jam sebelum petik hasil cili atau terung, lakukan siraman terlebih dahulu. Kalau kaedah fertigasi - titiskan air baja lebih kurang 10 - 15 minit pada 7.30 pagi. Petik buah jam 9.00 pagi. InsyaAllah berat buah bertambah ( kadang capai 20 - 30%) berbanding tidak berbuat demikian. terung pun begitu juga... INI BUKAN TIPU BERAT TAPI TAMBAH BERAT..Cubalah !...

TIP CILI BERTERUSAN KELUAR PUCUK BARU - Habit pokok cili berbunga dan berbuah di cabang. Cabang akan terbentuk bila ada pucuk baru keluar. Setelah beberapa bulan pertumbuhan kadangkala pokok cili seolah-olah berhenti membesar (tak de pucuk baru). Ini boleh diatasi dengan memberikan air dan nitrogen yang banyak daripada kebiasaan yang diterima. Oleh itu penanam boleh memberi tambahan baja N (seperti Urea atau SA atau Amm nitrat) setiap 7 - 10 hari kepada pokok yang telah berbuah atau berumur lebih 3 bulan di ladang. Bagi pengamal fertigasi tambah Urea atau Amm. nirat 0.5 - 1.0 kg dalam tangki 600G dan titiskan 10 - 15 minit sebelah pagi ok... Cubalah...