Monday, March 22, 2010

MELON FERTIGASI BUAH BANYAK




Lihat sendiri... dan yakinkan diri untuk mengusahakan melon fertigasi yang mengeluarkan hasil lebih daripada sebiji. Sebiji sepokok tak untung !...
Berubahlah... terimalah perubahan. Orang kata fertigasi kos tinggi... Tak boleh kurang kos (orang lain tentukan harga...), kita tinggikan hasil. Betul tak?..

Monday, March 1, 2010

TOMATO CERI




Terbukti tomato boleh ditanam di tanah rendah (panas) ... ok. Kualiti lebih baik. Kuantiti setanding dengan tanah tinggi (cuaca sejuk). SYABAS ! PESERTA TKPM IPAH...

Wednesday, February 24, 2010

FERTIGASI ATAS TANAH TERBUKA LEBIH MURAH




Fertigasi boleh dipelbagaikan lagi dengan tanam atas batas tanah je. Semua tanah boleh. Titiskan air baja dah jadi fertigasi. Kos jauh lebih murah berbanding dengan SPH. Work smart buat laluan konkrit lagi,,,

Saturday, February 13, 2010

MAKLUMAT FERTIGASI


Saya dah cuba buat sikit catatan pasal fertigasi. Dapatkanlah pada naskhah ini.


SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT UNTUK SEMUA. INDUSTRI PERTANIAN MALAYSIA TERUS KEMBANG MAJU.


Sama-sama menyumbang idea, inovasi dan apajua yang baik-baik... OK

HIDRPONIK - KAEDAH MUDAH TANAM SAYUR




Kepada peminat bercucuk tanam:

Hidroponik satu kaedah bercucuk tanam yang boleh diamalkan dengan mudah. Pokok teratai. kangkong dan rumpai hidup di air dinamakan hidroponik juga. Sebab tanam atau hidup tanpa kultur (tanah). Orang putih kata soilless culture.

Hidroponik terbahagi dua. Pertama hanya guna air (mengandungi nutrien) sahaja. Ini dinamakan hidroponik sebenar. Kedua tanam menggunakan bahan selain tanah (seperti arang, sabut, batu span dll - sebagai medium aggregat). Ini dinamakan hidroponik beraggregat.

Ada banyak sistem boleh diusahakan diantaranya aliran cetek (NFT), aliran dalam (DFT), takungan, aliran setempat dalam takungan, semburan akar (aeroponik), titisan nutrien pada bekas tanaman (fertigasi), rendaman nutrien dengan kawalan injap automati (autopot) dan banyak lagi.

Pilih saja yang praktikal untuk dibuat samada untuk makan sendiri (hobi) atau komersil. SEMUA HASILNYA BOLEH DIMAKAN DENGAN SELAMAT... JANGAN RAGU-RAGU.

BAJA YANG DIGUNA ATAU DIAMBIL OLEH TANAMAN BUKAN RACUN UNTUK MANUSIA... Rasanya memang ada sikit beza...

Lihat sendiri... betapa sihat & subur kangkong ni. Nak tanam dalam larutan air tahi ayam pun boleh hidup juga. OK. Hubungi saya untuk ketreangan lanjut. Wassalam...








Tuesday, February 9, 2010

MELON BUAH SEBIJI ? ..TAK EKONOMIK


Dari mula hingga sekarang saya sangat tidak setuju tanam melon fertigasi atau autopot hanya benarkan buah sebiji sepokok. Konon nak jaga kualiti.... Tak ekonomik langsung. Cuba kira baik-baik kosnya, risikonya dll... Yang hairannya ikut je... boleh terima pulak...


Paling kurang pun tanam melon fertigasi mesti dapatkan 2 biji sepokok.... OK !... Buah & varieti yang sama tanam atas tanah lebih banyak hasil...( lebih 2 biji). Mengapa boleh !... Usaha sedang dijalankan supaya tanam melon fertigasi boleh hasil kan 3 - 4 biji berkualiti sepokok.


Tip penting untuk anda !... kemampuan pokok keluar buah lebih ialah bilangan daunnya. Banyak daun boleh buat makanan banyak. Makanan terbina banayk buah boleh besar. Nak dapat 1 biji mesti ada daun lebar & sihat sekurang-kurangnya 20 helai. Nak 2 biji sekurang-kuranngnya 40 helai atau lebih dan seterusnya.... Jika anda tanam melon "single stem" memang kurang kebarangkaliannya untuk dapat tampung 2 biji melon yang cukup besar...ok !.. Cahaya, baja mesti cukup...


Kurang manis pulak ??... Pekatkan baja peringkat akhir kematanagn...K (kalium mencukupi), TE sangat mempengaruhi.. so !..mesti tambah. Jangan lupa ya.. bila sebut pasal baja melalui akar, pH media mesti betul & tepat (5.5 - 6.5) barulah ada makna... baja yang diberi boleh di serap akar dengan cekap dan berkesan. Ada masalah pH boleh juga sembur bawah daun (waktu pagi...)


Saturday, December 26, 2009

PANDUAN BAJA FERTIGASI

BAJA FERTIGASI
Jika anda menanam diatas tanah atau menggunakan medium tanah didalam bekas tanaman, anda boleh menggunakan sebarang baja yang ada di pasaran. Harus diingat bahawa jenis baja yang diberi mestilah menepati kehendak tanaman tersebut (jenis tanaman, peringkat pertumbuhannya samada vegatatif, berbunga atau matang, jenis baja, gred baja iaitu nisbah kandungan NPK dll, kadar pemberiannya, jenis lepasan nutrien samada perlahan atau segera dll).

Jika anda menanam menggunakan medium bukan tanah (soilless culture) seperti pasir, arang sekam dan habuk sabut, baja yang patut digunakan ialah baja lengkap yang mengandungi semua unsur atau zat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan tanaman. Baja ini sama dengan baja hidroponik. Fertigasi adalah salah satu sistem hidroponik jika tidak ditanam diatas tanah. Baja ini tersedia dalam bekas berasingan A & B samada dalam bentuk garam mineral atau cecair. Baja jenis ini juga baik digunakan untuk semua medium (tanah atau bukan tanah).

Catatan:
Hidroponik - Kaedah penanaman tanpa menggunakan tanah (soilless culture). Ada banyak sistem diantaranya titisan, NFT, DFT, aeroponik, takungan, aliran tertutup dll)
Fertigasi - Kaedah penanaman dimana baja diberi melalui sistem pengairan
Gred baja - nisbah kandungan nutrien dalam baja seperti NPK 15:15:15, NPKMg 12:12:17:2 dll
Baja organik - baja yang berasaskan bahan semulajadi alam seperti sisa tanaman di peram, najis haiwan, abu sawit, air udang/ikan dll. Tidak menggunakan sebarang kimia sintetik. Semua baja organik adalah pelepasan perlahan 'slow-release'.
Baja kimia - samada sebatian atau tunggal adalah baja campuran kimia sintetik. sebahagiannya menggunakan bahan organik sebagai pemegang atau pemenuh 'filler'. Kebanyakannya melepaskan kandungan nutrien secara segera 'fast-release' dan ada juga yang 'slow-release'