Saturday, February 13, 2010

HIDRPONIK - KAEDAH MUDAH TANAM SAYUR




Kepada peminat bercucuk tanam:

Hidroponik satu kaedah bercucuk tanam yang boleh diamalkan dengan mudah. Pokok teratai. kangkong dan rumpai hidup di air dinamakan hidroponik juga. Sebab tanam atau hidup tanpa kultur (tanah). Orang putih kata soilless culture.

Hidroponik terbahagi dua. Pertama hanya guna air (mengandungi nutrien) sahaja. Ini dinamakan hidroponik sebenar. Kedua tanam menggunakan bahan selain tanah (seperti arang, sabut, batu span dll - sebagai medium aggregat). Ini dinamakan hidroponik beraggregat.

Ada banyak sistem boleh diusahakan diantaranya aliran cetek (NFT), aliran dalam (DFT), takungan, aliran setempat dalam takungan, semburan akar (aeroponik), titisan nutrien pada bekas tanaman (fertigasi), rendaman nutrien dengan kawalan injap automati (autopot) dan banyak lagi.

Pilih saja yang praktikal untuk dibuat samada untuk makan sendiri (hobi) atau komersil. SEMUA HASILNYA BOLEH DIMAKAN DENGAN SELAMAT... JANGAN RAGU-RAGU.

BAJA YANG DIGUNA ATAU DIAMBIL OLEH TANAMAN BUKAN RACUN UNTUK MANUSIA... Rasanya memang ada sikit beza...

Lihat sendiri... betapa sihat & subur kangkong ni. Nak tanam dalam larutan air tahi ayam pun boleh hidup juga. OK. Hubungi saya untuk ketreangan lanjut. Wassalam...








3 comments:

  1. Boleh tak kite apply kaedah autopot dalam hidroponik secare NFT?. Adakah kite boleh mendapat hasil yg lebih baik berbanding 100% NFT?

    ReplyDelete
  2. Hasil NFT lebih baik. Kesesuain tanaman untuk autopot terhad (melon, timun kualiti ok kuantiti tak ok). Istimewa autopot ialah smart-valve nya boleh kawal paras air tertentu. Kami ada apply 6000 autopot. Kami tak syor utk komersil. Teknologi ok tapi perlu 'precision'. Kandungan oksigen terlarut & mahir kawal kepekatan baja.

    ReplyDelete
  3. mcm mn nak sediakan baja cecair hidroponik?

    ReplyDelete