Monday, December 26, 2011

TIP BAIK PUNYA...UNTUK PENANAM

Macam-macam tohmahan saya terima... itu semua adalah asam garam hidup.. Macam yang lepas-lepas juga saya cuba ketengahkan maklumat untuk dikongsi bersama.. semoga ilmu dapat terus berkembang. Ilmu bukan untuk disimpan.. tapi untuk diamalkan atau disebarkan..

Saya akui ini bukan hasil kajian (research)... saya tak belajar tinggi. Buat reserch pun tak tahu.. Ijazah pun tak ada. Apa yang saya tulis hanyalah pengalaman ok..

TIP TAMBAH BERAT BUAH (CILI & TERUNG) - 1 - 2 jam sebelum petik hasil cili atau terung, lakukan siraman terlebih dahulu. Kalau kaedah fertigasi - titiskan air baja lebih kurang 10 - 15 minit pada 7.30 pagi. Petik buah jam 9.00 pagi. InsyaAllah berat buah bertambah ( kadang capai 20 - 30%) berbanding tidak berbuat demikian. terung pun begitu juga... INI BUKAN TIPU BERAT TAPI TAMBAH BERAT..Cubalah !...

TIP CILI BERTERUSAN KELUAR PUCUK BARU - Habit pokok cili berbunga dan berbuah di cabang. Cabang akan terbentuk bila ada pucuk baru keluar. Setelah beberapa bulan pertumbuhan kadangkala pokok cili seolah-olah berhenti membesar (tak de pucuk baru). Ini boleh diatasi dengan memberikan air dan nitrogen yang banyak daripada kebiasaan yang diterima. Oleh itu penanam boleh memberi tambahan baja N (seperti Urea atau SA atau Amm nitrat) setiap 7 - 10 hari kepada pokok yang telah berbuah atau berumur lebih 3 bulan di ladang. Bagi pengamal fertigasi tambah Urea atau Amm. nirat 0.5 - 1.0 kg dalam tangki 600G dan titiskan 10 - 15 minit sebelah pagi ok... Cubalah...

3 comments:

  1. saya baru jumpa tip yang sebaik ini, insaallah saya saya nak cuba

    ReplyDelete
  2. Tn Hj,
    Perlukah kita memotong/menggetu pucuk baru untuk mengekalkan dua cabang sahaja selepas cabang/ranting Y pertama?

    ReplyDelete