Monday, December 26, 2011

TIP MELON PRESTASI TINGGI









Nah !.. satu lagi maklumat untuk peminat MELON fertigasi..
Saya sarankan " Penanam melon fertigasi... jangan tanam melon untuk keluarkan sebiji sepokok lagi.. ok!..) Bukannya apa.. nak tambah keuntungan.. Sebiji besar berat > 2.0 kg dan cantik masih tak dapat juala macam harga di Jepun. Orang jepun menilai dari sudut berlainan sebab itu sangat pentingkan kualiti dan sanggup bayar sehingga ratusan ringgit sebiji.. Mereka hargai kecantikan bentuk dan netting (deria lihat), mereka hargai keharuman dari aroma yang dikeluarkan (deria bau), mereka hargai keenakan rasanya (deria rasa).
Pasaran di Malaysia tak sampai tahap tu... cukup berat, manis, bentuk ok, netting lebih kurang ok.. dah!..
HABIT POKOK MELON FERTIGASI - Jangka hayat sekitar 70 - 85 hari di ladang. Mula berbunga 25 - 30 hari di ladang. Bunga jantan keluar dulu... bunga betina 2 - 3 hari lewat.

TIP PANDUAN:
1. Kepekatan baja sentiasa bertambah setiap minggu dari 1.5 hingga lebih 3.0 mS/cm.
2. Umur seminggu, getu pucuk utama - galakkan cabang dan banyak daun.
3. Umur 20 - 25 H di ladang kepekatan lebih 2.0 mS/cm. Lebih baik tambah Ca.
4. Umur 20 - 25 H sapu pangkal batang dengan racun kulat cth: antracol dll - elak gummy stem
5. Umur 20 - 25 H boleh juga cucuk pangkal batang dengan lidi atau pencungkil gigi...
6. Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar ( 26 - 30 H) diladang. Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya 7.30 - 11.00 pagi je..
7. Umur 38 - 45 H buat pemilihan buah yang sama besar sahaja. Tinggalkan 2 - 4 biji sepokok.
Buah yang lain buang. Jumlah buah yang dikekalkan bergantung kepada bilangan daun subur & sihat. 20 helai utk 1 biji, 40 helai utk 2 biji, 60 helai untuk 3 biji dst..
8. Nak besarkan buah... boleh celup dengan GA (giberillic acid).
9. Kawin awal, buah ada peluang untuk membesar lebih lama (30 - 60H)

10. Ingat !.. daun subur, sihat .. adalah kilang untuk buat makanan pokok tersebut. Lebih banyak daun, mampu besarkan buah dan tampung keperluan pembesaran buah.

11. 7- 10 H sebelum pungut hasil pekatkan baja lebih 3.0 mS/cm dengan Hi-K untuk tambah kemanisan

CUBA ELAKKAN POTONG PUCUK UTAMA KECUALI 10 HARI TERAKHIR... Pucuk sulur patut buang. Jika pucuk utama dibuang, pokok kurang daya serapan baja/air.

5 comments:

  1. terima kaseh tuan haji satu info yang sangat baik dan berguna .lagilagi bagi orang baru seperti saya ni

    ReplyDelete
  2. kunjungan gan.,.
    bagi" motivasi.,.
    Orang miskin bukanlah seseorang yang tidak mempunyai uang,
    tapi ia yang tidak memiliki sebuah mimpi.,
    di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

    ReplyDelete
  3. Bagaimana nak elak buah rock melon tak jatuh ke tanah? Dalam gambar tu nampak berat je.

    ReplyDelete
  4. Mcm mane nk bezakan bunga jantan dan bunga betina

    ReplyDelete
  5. Tn Hj. Cucuk pangkal tu kenapa? Tolong jelaskan. T/K.

    ReplyDelete