Tuesday, January 15, 2013

TAMBAH INFO FERTIGASI MUDAHKAN JANGAN SUSAHKAN... OK !!...

Pengurusan tanaman secara fertigasi tidak susah sangat seperti yang mungkin digambarkan. Fahamkan keperluan asas pertumbuhan tanaman terlebih dahulu. Yang lain jadi mudah di suaikan.








Di ladang - CAHAYA matahari (dedahkan tanaman seberapa banyak untuk cahaya matahari mengenai permukaan daun). JANGAN PASANG NETTING HITAM ATAS POKOK - tujuan nak kurangkan panas tetapi anda telah kurangkan cahaya bermakna kurangkan keupayaan pokok buat makanan. SALIRAN (media mesti punyai saliran yang baik, elak air bertakung atau suasana memerangkap lembapan berlebihan. Akar perlu bernafas. Media perlu ada ruang udara, Bekas mesti berlubang untuk benarkan aliran air keluar (terutama tanaman solanaceae - terung, cili, tomato...). Tanaman menjalar cucurbitaceae (timun, melon..) lembap sedikit tak apa... sebab ada akar jenis apung. Disyorkan semua bekas tanaman ditenggekkan supaya aliran air lebih lancar, akar tidak keluar ...BAJA mesti lengkap, seimbang dan mencukupi sesuai dengan tahap pertumbuhan dan umurnya.. (panjang cerita lagi ni...)


Tanam dibawah lindungan hujan atau terbuka tak kisah... paling penting tahu kawal kelembapan media, PH media dan EC media. pH kawal sentiasa sekitar 5.8 - 6.3. Kelebapan sekitar 60 - 80 sahaja. Bacaan EC media peringkat buah >1.9

Paling asas perbetulkan sistem pengairan yang dipasang. Tujuannya untuk agihan baja dan menyiram (2 dalam satu). Agihan mesti sekata untuk semua pokok. Nak dapat siraman sekata, fahamkan jenis penitis atau cara aliran air.

Untuk kawasan rata tidak menjadi masalah besar (tetapi perlu diambil perhatian... mungkin mata kasar nampak saja rata sebenarnya tidak....). Untuk kawasan curam atau beralun / tidak rata disyorkan guna kan penitis compensetting (boleh kawal titisan sekata... tidak dipengaruhi tekanan). Jika tidak anda dikehendaki melabelkan semua pangkal sub-line yang bersambung dengan main-line dengan menggunakan timbang air atau pengukur water level. Sub-line 16 mm jangan terlalu panjang. Max 30m. Lebih pendek lebih baik (kurang 50 beg).

Panduan pilihan kuasakuda pam: 1.0 HP boleh siram 1000 - 2500 pokok serentak. 0.5 HP siram 200 - 1500 pokok. Kurang 200 pokok guna pam akuarium yang besar je.. eg: DOLPHIN 2500. 100 pokok kebawah guna pam akuarium DOLPHIN 2000 dah cukup. ok...

Jangan lupa !.. mesti pasang filter dan ada injap kawal tekanan air. Jika kuat sangant dikurangkan dengan memasukkan semula ketangki nutrien. Nak canggih dan mudah lagi pasang injektor up-oksigen, sedut baj terus, kawal pH, kawal EC dan kesan kelembapan media...

Senang2 nanti masukkan gambar berkaitan ok..!

Friday, January 11, 2013

KENALI HABIT PEMBUAHAN TANAMAN ANDA

Setiap pokok atau tanaman mempunyai habit pembuahan tersendiri. Habit pembuahan yang saya maksudkan ialahimana buah yang dikeluarkan oleh pokok tersebut muncul atau melekat.

Habit pembuahan pokok buah-buahan boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :
1. Buah di hujung - contohnya rambutan, mangga, pulasan, longan dsb
2. Buah didahan - contohnya durian
3. Buah di batang - contohnya nangka, cempedak

Seronok mengetahui hal ini kerana ada kaitan penting nak mengurus tanaman tersebut. Tahu perangai dan habit pembuahannya mudah mengurusnya supaya produktiviti tinggi. Sebagai contoh: jambu batu banyak mengeluarkan buah bila banyak air (musim hujan). Bunganya banyak keluar ditunas muda. Oleh itu pucuk dahan perlu dipotong dan bila dapat banyak air, tunas baru akan muncul diikuti dengan pengeluaran bunga yang banyak..

Pokok yang berbuah dihujung perlu dilatih pertumbuhannya dari awal supaya banyak hujung. Insyaallah buahnya banyak ( diiringi dengan pengurusan pembajaan dll yang teratur). Lakukan cantasan pembentukan 'terbuka tengah' (open centre).

Pokok yang berbuah didahan perlu dilatih supaya pertumbuhan dahannya bersudut besar. Dahan yang bersudut besar menghasilkan pelekatan buah lebih banyak berbanding dahan bersudut kecil atau menegak.. Lakukan cantasan pembentukan 'batang utama' (central leader).

Pokok yang berbuah dibatang perlu dilatih supaya beberapa dahan dilatih menjadi besar seperti batang utama supaya buah lebih banyak boleh melekat. Lakukan cantasan pembentukan  'modified central leader' - ubahsuai batang utama

Thursday, January 3, 2013

HIDROPONIK TAKUNG

HIDROPONIK TAKUNG

Atas permintaan ramai, saya ketengahkan semula teknik penanaman sayuran  cara mudah ini. Pada tahun 90an dulu, kaedah ini sangat popular dan digemari ramai terutama semasa kempun bumi hijau dan tanam sendiri semasa ekonomi gawat 1997 - 1998. Tahniah dan syabas ! kepada yang berminat dengan aktiviti pengeluaran makanan sendiri ini. Tak de bahayanya makan sayur hidroponik ... jangan mudah terpedaya dengan cakap2 kedai kopi atau  maklumat tak berasas...

Tanam sendiri, usaha sendiri, makan sendiri.... sambil2 tu beri jiran2  Insyaallah BERKAT !...








Satu set mengandungi Takung & penutup plastik 8 lubang, media benang, seed pot, 2- 3 jenis biji benih sayur daun (kangkong, bayam, atau kailan dsb), baja A & B 0.5 L yang boleh digunakan sekurang-kurangnya 7 kali ulangan dan maklumat kaedah penanaman. Hanya RM ....    (hubungi kami 016 7738143/016 7708143)