Pengurusan tanaman secara fertigasi tidak susah sangat seperti yang mungkin digambarkan. Fahamkan keperluan asas pertumbuhan tanaman terlebih dahulu. Yang lain jadi mudah di suaikan.
Di ladang - CAHAYA matahari (dedahkan tanaman seberapa banyak untuk cahaya matahari mengenai permukaan daun). JANGAN PASANG NETTING HITAM ATAS POKOK - tujuan nak kurangkan panas tetapi anda telah kurangkan cahaya bermakna kurangkan keupayaan pokok buat makanan. SALIRAN (media mesti punyai saliran yang baik, elak air bertakung atau suasana memerangkap lembapan berlebihan. Akar perlu bernafas. Media perlu ada ruang udara, Bekas mesti berlubang untuk benarkan aliran air keluar (terutama tanaman solanaceae - terung, cili, tomato...). Tanaman menjalar cucurbitaceae (timun, melon..) lembap sedikit tak apa... sebab ada akar jenis apung. Disyorkan semua bekas tanaman ditenggekkan supaya aliran air lebih lancar, akar tidak keluar ...BAJA mesti lengkap, seimbang dan mencukupi sesuai dengan tahap pertumbuhan dan umurnya.. (panjang cerita lagi ni...)
Tanam dibawah lindungan hujan atau terbuka tak kisah... paling penting tahu kawal kelembapan media, PH media dan EC media. pH kawal sentiasa sekitar 5.8 - 6.3. Kelebapan sekitar 60 - 80 sahaja. Bacaan EC media peringkat buah >1.9
Paling asas perbetulkan sistem pengairan yang dipasang. Tujuannya untuk agihan baja dan menyiram (2 dalam satu). Agihan mesti sekata untuk semua pokok. Nak dapat siraman sekata, fahamkan jenis penitis atau cara aliran air.
Untuk kawasan rata tidak menjadi masalah besar (tetapi perlu diambil perhatian... mungkin mata kasar nampak saja rata sebenarnya tidak....). Untuk kawasan curam atau beralun / tidak rata disyorkan guna kan penitis compensetting (boleh kawal titisan sekata... tidak dipengaruhi tekanan). Jika tidak anda dikehendaki melabelkan semua pangkal sub-line yang bersambung dengan main-line dengan menggunakan timbang air atau pengukur water level. Sub-line 16 mm jangan terlalu panjang. Max 30m. Lebih pendek lebih baik (kurang 50 beg).
Panduan pilihan kuasakuda pam: 1.0 HP boleh siram 1000 - 2500 pokok serentak. 0.5 HP siram 200 - 1500 pokok. Kurang 200 pokok guna pam akuarium yang besar je.. eg: DOLPHIN 2500. 100 pokok kebawah guna pam akuarium DOLPHIN 2000 dah cukup. ok...
Jangan lupa !.. mesti pasang filter dan ada injap kawal tekanan air. Jika kuat sangant dikurangkan dengan memasukkan semula ketangki nutrien. Nak canggih dan mudah lagi pasang injektor up-oksigen, sedut baj terus, kawal pH, kawal EC dan kesan kelembapan media...
Senang2 nanti masukkan gambar berkaitan ok..!

ok
ReplyDeleteSalam tuan Zihan,
ReplyDeleteSedang mencari mentor & panduan untuk memulakan usaha fertigasi Cili padi.
Boleh bagi sebutharga untuk keperluan set fertigasi 3000 polibeg? Kalau boleh, anggaran kos & hasil setiap pusingan & sebarang maklumat berguna untuk memulakan usaha ini. Kawasan yang berpotensi dibangunkan seluas 1 ekar; namun tiada sumber air & elektrik. Mungkin panduan memohon bekalan dari tnb & saj dapat membantu.
Harap dapat feedback demi kelangsungan industri Asas Tani Malaysia
Mohon pencerahan..bagaimana nak melabel pangkal sub line dengan main line?boleh saudara lukis kan?
ReplyDelete