Monday, August 15, 2011

HIDROPONIK - Sistem NFT














SUBUR! SEGAR ! BERSIH1 MUDAH! PRAKTIKAL! JIMAT! MENYERONOKKAN... Sebagai hobi dan terapi sangat berfaedah Wow !... cubalah secara kecilan boleh, ... komersil pun boleh

Friday, February 18, 2011

PAKEJ FERTIGASI MINI (SEKOLAH/HOBI/CUBA-CUBA)


FERTIGASI TERBUKA (TANPA PELINDUNG HUJAN).
1. Sistem pengairan automatik (tanki nutrien, aquarium pump, digital timer, fitting, plug serta cable elektrik)- RM170.00.
2. Paip ladang (16mm tubing, SOV, fitting, penitis, end line dsb) - Bil penitis (20 - 100 shj X RM3.50)
3. Bekas tanaman berisi media - polibeg RM2.00/each atau pasu RM5.00/each
4. Baja khas A & B - 4L A + 4L B (RM35.00), 10L A + 10L B (RM60.00), Set A & B (cairan 10000 - 15000L) hanya RM150.00
5. Anak pokok RM1.00/each
6. Kawalan rumpai - silver shine 1m x 1.2m (RM0.50), Weed control mat 2m x 1m (RM8.00).
7. Batu bata - bil bekas tanaman x 2 (perlu ada - tidak dibekalkan)
8. Alat penyembur 1.5L & kimia utk kawalan perosak RM100.00/SET

KHIDMAT NASIHAT & TUNJUK AJAR PERCUMA
PENGHANTARAN & PEMASANGAN - ikut jarak tempat dari Ayer Hitam 86100.

INSYALLAH !..."SEMUA ORANG BOLEH BERCUCUK TANAM - TEKNIK MODEN & MUDAH"

Tuesday, January 11, 2011

ASAS KEUSAHAWANAN

Nak jadi usahawan!... ALHAMDULILLAH,.. cita-cita murni dan mulia. MAKSUDnya nak berniaga lah... Usahawan banyak jenis usahawan. Sebelum pilih usahawan / bidang perniagaan apapun pastikan.!!.. SYARAT PERTAMA: BOLEH DI KERANA KAN ALLAH TA'ALA. Contoh buka kelas tusyen kerana Allah Ta'ala..boleh. Buat tempe tapai kerana Allah Ta'ala..boleh. Jual rokok kerana Allah Ta'ala.. TIDAK BOLEH!.. so! jangan buat. Ada seribu satu macam perniagaan yang mudah,halal bersih, suci dan tidak melanggar hukum syarak...SYARAT KEDUA: Turut sertakan Allah dalam setiap usaha kita. Jadikan Allah sahaja sebagai penolong kita. Mulakan dengan minta petunjuk/berdoa/berharap kepada Allah... inilah asas kejayaan. Tujuannya supaya semua usaha kita termasuk dalam urusan Allah. Bila dah jadi urusan ALLAH pasti beres dan sukses... Dia yang tentukan semuanya... SYARAT LAIN.. BANYAK LAGI...
NIAT BETUL & MULIA
FIKIR BESAR
BIAR KECIL ASAL BERHASIL
Terima kasih... sambung lagi lain kali

ASAS BERCUCUK TANAM






KEPERLUAN ASAS PERTUMBUHAN TANAMAN:
1. BAJA (nutrien) - mesti seimbang dan lengkap memenuhi semua zat yang diperlukan. Kekurangan satu daripadanya, tanaman akan menunjukkan simptom kekurangan. Jika tanam pada tanah, biasanya nutrien telah ada hanya perlu tambah yang kurang sahaja (biasanya N, P, K Ca, Mg). Itu cuma andaian saja. Adalah disyorkan semua perlu diberikan juga termasuk unsur mikro (Fe, Zn, Mn, B, Mo, Cu dll). Gunakan baja NPK + TE lebih baik dan dibantu dengan penggunaan baja organik untuk perbaiki struktur tanah.
2. PH medium/tanah - mesti diperbetulkan supaya berada sekitar 5.5 - 6.5. Pada julat ini kebanyakan nutrien boleh diserap dengan selesa & effisen oleh akar tanaman. Walaupun baja lengkap dengan formula terbaik diberikan tetapi pH dizon perakaran tidak betul, nutrien tidak boleh diambil oleh akar tanaman. Contohnya, tanah gambut adalah tanah berpotensi kaya dengan nutrien tetapi pH nya terlalu rendah (<4.5) atau masam. Tanaman tak boleh hidup subur kecuali dibuat penambahbaikan.
3. AIR - mendapatkan kelembapan optima sahaja. Tidak boleh berlebihan atau menakung kerana akan menutup ruang udara dalam tanah. Ini akan menyekat pernafasan akar. Kesannya, pertumbuhan terencat, bunga gugur dan menjadi punca utama penyakit reput akar (pythium & fusarium). Adakan saliran yang baik. Jika tanam didalam bekas mestilah berlubang dibahagian bawahnya atau tepi bahagian bawah.
4. CAHAYA MATAHARI - kebanyakan tanaman makanan perlu cahaya yang banyak (kecerahan dan tempoh masa yang panjang). Elakkan menanam dibawah teduhan atau kawasan terlindung daripada mendapat cahaya matahari. Suhu panas tidak menjadi masalah besar pada tanaman. Kekurangan cahaya matahari beri kesan besar seperti lambat matang, pokok tak bermaya(pertumbuhan perlahan), bilangan bunga betina rendah, kualiti & kuantiti hasil rendah dsb. jika tanam dibawah pelindung hujan, pastikan plastik bumbung sentiasa jernih membenarkan seberapa banyak cahaya mampu menembusinya. Hindarkan tanam dibawah netting hitam.
5. UDARA (OKSIGEN & KARBAN DIOKSIDA) - penting untuk proses fotosentisis yang sempurna. Penambahan karban dioksida diudara boleh meningkatkan hasil tanaman. Oksigen didalam tanah untuk pernafasan akar. Kadar oksigen terlarut yang tinggi dalam larutan tanah menambah kemampuan akar menyerap nutrien, pertumbuhan lebih cergas dan subur.

Monday, August 16, 2010

Easy ponic- BERCUCUK TANAM SANGAT MUDAH








Kepada peminat bercucuk tanam. Kaedah sangat2 mudah...Kami panggil 'easyponic'. Tanam dalam dulang je,,, dalam pinggan, mangkuk pun boleh. Dedahkan kepada cahaya matahari dah ok. Air baja habis tambah lagi. itu je...

SPH mini 4' x 8' - 12 pasu


Mudah di pasang, diubah tempat . Suka-suka !...Bolah tambah tingkat2 untuk lain-lain sistem hidroponik. Praktikal

Sunday, August 1, 2010

TAUGE PRESTASI TINGGI

Wau !... kita dah confirm boleh keluar tauge lebih tinggi dari biasa. Asal2 4 - 6 kg daripada 1 kg kacang. Lepas tu 7 kg tauge daripada 1 kg kacang. Nah !.. sekarang boleh dapat lebih 9.0 kg tauge daripada 1 kg kacang.. Tak nak cuba ke?... Trip lepas cuba lagi dengan ank murid... wau!.. 1 kg kacang dapat 10.3 kg taugeh.. Caya tak ?.. Saya tak tulis kalau nak tipu2 tau...
Orang Melayu kurang (bukan tak de) ceburi bidangusaha pengeluaran tauge yang SANGAT2 menguntungkan. Kerja mudah, tempoh singkat, sambilan pun boleh. Yang penting USAHA. Labur dalam ASB 8% setahun. Buat tauge minimum 30% tempoh 5 hari boleh capai 80% tiap-tiap hari. HALAL, PENUHI FARDHU KIFAYAH, UNTUNG, BEGITU MUDAH.
Tunjuk ajar percuma dari saya...USAHA OK!...