Thursday, December 20, 2012

PASU PLASTIK BERKAKI

Pasu plastik berkaki ini bersaiz 8" x 8" x 9". Tinggi kaki 3 cm sesuai untuk laluan PE tubing 16 mm dibawahnya supaya ladang lebih kemas.

Pasu ini bersamaan saiz polibeg 14 x 14 atau 15  x 15.  Saiz ini sudah mencukupi dan sesuai untuk penanaman semua jenis tanaman sayuran  buah yang biasa (cili, terung, tomato, bendi, petola, labu air, peria, melon dsb).  Pengusaha dan pengamal fertigasi diingatkan 'tak perlu guna bekas yang terlalu besat - penggunaan medium lebih banyak, kos lebih tinggi, akar tanaman tidak pergi terlalu jauh, polibeg/bekas tanaman hitam atau putih tidak mempunyai kesan ketara dari segi pertumbuhannya.

Kemungkinan harga lebih tinggi (10x lebih daripada polibeg) tetapi ketahanan boleh 10 tahun lebih lama. Lebih kemas, lebih tahan, lebih praktikal utk jangkamasa panjang, kerja mengisi medium 5X lebih pantas, tidak perlu angkat atau buang bekas untuk penanaman seterusnya. Tak perlu tukar medium bertahun-tahun lamanya...  hanya tambah atau buat rawatan sahaja.

INOVASI OLEH:  AMATKHRI BIN MARDI

Wednesday, May 30, 2012

Saya  ingin menyeru kepada saudara/i yang melibatkan diri dalam penggunaan teknologi fertigasi - buat lah dengan bersungguh-sungguh dan belajar dariapada yang dilakukan. Cuba buat sebaik mungkin dan ikut kaedah yang terbaik . Penuhi dispilin dan prinsipnya... Betul, sempurna, kemas, bersih dan sistematik... Hindari daripada buat sambil lewa atau lebih kurang je... walaupun buat sekadar suka-suka sebagai hobi... Kejayaan datang hasil pakej apa yang dilakukan...  selalu bertanya jika ada kemusyikalan dan masalah...  akan jumpa penyelesaiannya...INSYAALLAH.!...

Monday, December 26, 2011

TIP MELON PRESTASI TINGGI









Nah !.. satu lagi maklumat untuk peminat MELON fertigasi..
Saya sarankan " Penanam melon fertigasi... jangan tanam melon untuk keluarkan sebiji sepokok lagi.. ok!..) Bukannya apa.. nak tambah keuntungan.. Sebiji besar berat > 2.0 kg dan cantik masih tak dapat juala macam harga di Jepun. Orang jepun menilai dari sudut berlainan sebab itu sangat pentingkan kualiti dan sanggup bayar sehingga ratusan ringgit sebiji.. Mereka hargai kecantikan bentuk dan netting (deria lihat), mereka hargai keharuman dari aroma yang dikeluarkan (deria bau), mereka hargai keenakan rasanya (deria rasa).
Pasaran di Malaysia tak sampai tahap tu... cukup berat, manis, bentuk ok, netting lebih kurang ok.. dah!..
HABIT POKOK MELON FERTIGASI - Jangka hayat sekitar 70 - 85 hari di ladang. Mula berbunga 25 - 30 hari di ladang. Bunga jantan keluar dulu... bunga betina 2 - 3 hari lewat.

TIP PANDUAN:
1. Kepekatan baja sentiasa bertambah setiap minggu dari 1.5 hingga lebih 3.0 mS/cm.
2. Umur seminggu, getu pucuk utama - galakkan cabang dan banyak daun.
3. Umur 20 - 25 H di ladang kepekatan lebih 2.0 mS/cm. Lebih baik tambah Ca.
4. Umur 20 - 25 H sapu pangkal batang dengan racun kulat cth: antracol dll - elak gummy stem
5. Umur 20 - 25 H boleh juga cucuk pangkal batang dengan lidi atau pencungkil gigi...
6. Kawin bunga seawal mungkin sebaik sahaja bunga betina keluar ( 26 - 30 H) diladang. Lakukan berturut-turut dan buat kepada semua bunga betina yag keluar. Waktunya 7.30 - 11.00 pagi je..
7. Umur 38 - 45 H buat pemilihan buah yang sama besar sahaja. Tinggalkan 2 - 4 biji sepokok.
Buah yang lain buang. Jumlah buah yang dikekalkan bergantung kepada bilangan daun subur & sihat. 20 helai utk 1 biji, 40 helai utk 2 biji, 60 helai untuk 3 biji dst..
8. Nak besarkan buah... boleh celup dengan GA (giberillic acid).
9. Kawin awal, buah ada peluang untuk membesar lebih lama (30 - 60H)

10. Ingat !.. daun subur, sihat .. adalah kilang untuk buat makanan pokok tersebut. Lebih banyak daun, mampu besarkan buah dan tampung keperluan pembesaran buah.

11. 7- 10 H sebelum pungut hasil pekatkan baja lebih 3.0 mS/cm dengan Hi-K untuk tambah kemanisan

CUBA ELAKKAN POTONG PUCUK UTAMA KECUALI 10 HARI TERAKHIR... Pucuk sulur patut buang. Jika pucuk utama dibuang, pokok kurang daya serapan baja/air.

TIP BAIK PUNYA...UNTUK PENANAM

Macam-macam tohmahan saya terima... itu semua adalah asam garam hidup.. Macam yang lepas-lepas juga saya cuba ketengahkan maklumat untuk dikongsi bersama.. semoga ilmu dapat terus berkembang. Ilmu bukan untuk disimpan.. tapi untuk diamalkan atau disebarkan..

Saya akui ini bukan hasil kajian (research)... saya tak belajar tinggi. Buat reserch pun tak tahu.. Ijazah pun tak ada. Apa yang saya tulis hanyalah pengalaman ok..

TIP TAMBAH BERAT BUAH (CILI & TERUNG) - 1 - 2 jam sebelum petik hasil cili atau terung, lakukan siraman terlebih dahulu. Kalau kaedah fertigasi - titiskan air baja lebih kurang 10 - 15 minit pada 7.30 pagi. Petik buah jam 9.00 pagi. InsyaAllah berat buah bertambah ( kadang capai 20 - 30%) berbanding tidak berbuat demikian. terung pun begitu juga... INI BUKAN TIPU BERAT TAPI TAMBAH BERAT..Cubalah !...

TIP CILI BERTERUSAN KELUAR PUCUK BARU - Habit pokok cili berbunga dan berbuah di cabang. Cabang akan terbentuk bila ada pucuk baru keluar. Setelah beberapa bulan pertumbuhan kadangkala pokok cili seolah-olah berhenti membesar (tak de pucuk baru). Ini boleh diatasi dengan memberikan air dan nitrogen yang banyak daripada kebiasaan yang diterima. Oleh itu penanam boleh memberi tambahan baja N (seperti Urea atau SA atau Amm nitrat) setiap 7 - 10 hari kepada pokok yang telah berbuah atau berumur lebih 3 bulan di ladang. Bagi pengamal fertigasi tambah Urea atau Amm. nirat 0.5 - 1.0 kg dalam tangki 600G dan titiskan 10 - 15 minit sebelah pagi ok... Cubalah...

Monday, September 12, 2011

MASALAH POKOK TAK BERBUAH ?..

Saya ingin kongsi pengalam penting dan sangat berguna ni!... Saya telah lakukan ini mulai pertengahan 80an dulu.. Kini masih buat dan terbukti.. Insyallah..
Saya cuba terangkan secara berperingkat2 mengikut kesempatan yang ada.
MENGAPA POKOK TAK BERBUAH? ... ada faktor dalaman & faktor luaran. Di antaranya - pokok jantan (genetiknya gitu...), pokok belum matang (belum cukup umur), pokok terlindung cahaya matahari, daun nya terlalu merimbun (cahaya matahari tidak mengenai dahan bahagian dalam), kurang nutrien atau baja, pembajaan yang salah (jenis atau kaedah) tidak bersesuaian dengan peringkat umur, ditanam dikawasan / tanah tak subur (tanah bermasalah) dan lain-lain lagi...

BIASANYA.. CARA MENGATASI YANG DISYORKAN IALAH ... Pertama :Cantas daun & dahan yang berlebihan supaya membentuk pokok yang seimbang dan mengikut habit pembuahannya. Pokok berbuah dihujung - lakukan cantasan terbuka. Pokok berbuah didahan - lakukan cantasan 'central leader'. Pokok berbuah dibatang & dahan - lakukan cantasan 'modified central leader'. Kedua : Beri baja dengan betul (jenis, gred, kuantiti, kaedah, kekerapan dan masa untuk melakukan.. tangguhkan dulu ok!..

Monday, August 15, 2011

RANCANG JADI PETANI JUTAWAN...



















Mulanya macam tak percaya je... Rupanya mudah je !.. Biar betul ni !... PETANI BOLEH JADI JUTAWAN ??...

Suatu hari dulu ada ikut kursus bagaimana nak jana pendapatan terkumpul RM1000000 dalam tempoh 6 tahun... tapi bukan bidang pertanian,,...jualan makanan tampak kecilan tapi penuh strategi.. memang clear.. ramai orang dah capai tahap jutawan senyap-senyap..

Bidang pertanian dan bercucuk tanam macamana pulak ??.. Kira-kiranya macam ni... simpan pendapatan RM500.00 sehari atau RM15000 sebulan (tidak diusik). Lebih daripada itu boleh makan atau beli apa-apa... Setahun RM180,000. 6 tahun jadi RM1080000.00. Betul tak?...Tak de jalan pintas atau short cut. Usaha gigih, rancang baik-baik. Rebut peluang... saya buat contoh real punya... tuan-tuan boleh ubahsuai ikut tempat & suasana masing2. Dapat idea bila lawat & jumpa petani TAWADUK tak kejar nama... tak kejar anugerah. Simple & work smart...

Kadang2 bila buat komersil kita buang cara lama... Orang kata tanam serai tak untung, tanam serai, untung kecil.. sebab tanam sekali 7 - 8 bulan baru pungut hasil... Tanam lagi.. 7- 8 bulan baru dapat hasil lagi...Kalau macam tu perlu kawasan luas. Hasil sekali2.. siapa yang nak beli banyak2 dalam satu masa... mana ada kilang serai.. kilang serai angan2 je.. IKUT CARA LAMA: Tanam serai 2 - 3 ekar pun cukup... tanam celah pokok buah sedang membesar... contohnya jambu batu...TANAM SEKALI PUNGUT HASIL 2 - 3 TAHUN.. (mulai umur 6 bulan dah pungut hasil seminggu sekali boleh, seminggu 2 kali boleh, selang sehari boleh, tiap-tiap hari pun boleh..!.. Betul tak? Pilih yang besar2 je.. yang kecil akan terus membesar dan membiak.. Itu satu hal..

Janbu Batu makan segar hasil tinggi (tanam guna teknologi.. ok). Pengalaman pengusaha dot.dot.. dot 250 pokok boleh dpt 2000kg seminggu. Kalau sebulan 8000kg. Harga tolak RM3.00. Sebulan RM24000.00. Kalau tanam 500 pokok x2 je.. RM48000.00 sebulan (kasar). Katakan kos bahagi 2 (RM24000 - sebenarnya tak sampai pun.), pendapatan bersih 24000.00 sebulan. Campur serai tanam dicelah barisan RM6000 - 10000.00 sebulan. Camna !... boleh jadi jutawan. FIKIR LAH SENDIRI... boleh saya BANTU !....

HIDROPONIK - Sistem NFT














SUBUR! SEGAR ! BERSIH1 MUDAH! PRAKTIKAL! JIMAT! MENYERONOKKAN... Sebagai hobi dan terapi sangat berfaedah Wow !... cubalah secara kecilan boleh, ... komersil pun boleh